Monday, January 26, 2009

Khabarkan

ku.. khabarkan pada sang air
cinta ku basah di tengah hujan
lemas di tengah lautan
dan ku.. khabarkan pada sang angin
hentikan pukulan ombak
agar cinta ku mampu berenang
bawa cinta ku ke sisir pantai
biar cinta ku ke daratan kembali
agar dapat mengejar cintanya
katakan padanya
bawa cintaku ke sisir pantai
biar cintaku ke daratan kembali
agar dapat mengejar cintanya
cintaku mahukan dia
khabarkan pada sang bulan
cintaku hilang panduan
hilang arah hampir rebah
tak tahu ke mana berjalan
khabarkan pada sang mentari
terangkan jalannya empunya hati
agar cintaku sampai padanya
angin khabarkan
cinta ini padanya
angin tolonglah
cintaku mahukan dia

Tuesday, December 2, 2008

Lelaki akan cakap......

Kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
Kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...
Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap: woow, ciri-ciri isteri idaman...
Kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi
Kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih...kesian
Kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh...
Kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
Kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...
Kalau perempuan lawa dapat lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la....
Kalau perempuan tak lawa dapat lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!
Kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
Kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...
Kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih.....
Kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri...
Kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh...
Kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....
Kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worry..i will make u happy forever
Kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...
Kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu...
Kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak?Huh
Kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe...Kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau..
Kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: sukenya....
Kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: balik2 email dia...boring"

Lelaki..... Ada komen?

Monday, December 1, 2008

Sepi

Jiwa ini sepi
Bagai hutan tiada penghuni

Jiwa ini kosong
Bagai malam tanpa bintang di langit

Jiwa ini tandus
Bagai padang pasir

Jiwa ini sedih
Bagai terhiris dengan pisau

Jiwa ini sayu
Bagai bunga yang tidak disiram

Semua kerana teramat rindukannya

Tapi aku pasti akan bersua jua dengannya

* sajak ni ditulis sebab rindu kat mak. Huhu! *

Saturday, November 29, 2008

Princess Zoela

Dalam hidup cinta boleh datang dan pergi
Ketawa kerananya senyum kerananya
Menangis semahunya
Sakit…..

Bermula dengan persahabatan
Segelintir pula cuma sedar
Bila ia hilang….

Semata-mata untuk rasa dihargai
Ada yang percaya cintanya untuk selamanya

Some of us finally will realize
That life is not a fairy tale

Demi sebuah impian tak salah untuk kita berkorban
Bila mana hati kita rapuh menghadapi realiti
Menangis semahunya
Tapi jangan biarkan hati kita terus rebah

Sejauh mana kita kenal hati budi seseorang
Kita tetap tidak boleh buat penilaian
In life, we have to learn to let go
And keep on moving

Bermula dengan hati, angan dan mimpi
Sebesar mana pun kedudukan kita
Segagah prinsip mampu goyah
Because of love
Because we’re human being
Mudah lemas bila cintanya lemah
Kita harus percaya naluri
Just admit it
Lafazkan cintaku mahukan dia

As for me
Hanya Tuhan yang tahu
Bagaimana penghujung hidupku
Tapi saya tahu apa permulaan cinta
Terpulang pada kita untuk buat pilihan
To win or to lose

Saturday, September 13, 2008

Cinta Penawar Kepahitan

Rasa cinta sebenarnya wujud dalam semua hati manusia. Sebab itu orang pernah cakap. Cinta ada dalam hati, carilah ia di situ. Cinta tak buta tapi kita yang lupa bagi mata pada cinta. Pada yang sedang mencari cinta sejati, aku doakan korang berjaya. Untuk dicintai, kita perlu belajar mencintai diri sendiri dulu. Macam mana nak cintakan diri sendiri? Terima segala kekurangan dan bersyukur dengan kelebihan yang kita ada. Kalau cinta tak berbalas, jangan khuatir. Cinta pada Allah pasti mengatasi segala-galanya.

Tuesday, September 2, 2008

Alam perkahwinan

Aku penah tanya seorang kawan. Apa perlunya dalam sesebuah perkahwinan? Cinta ke saling memahami ke kasih sayang ke. Dia kata biar lelaki tu sayang kita, jangan kita sayang sangat pada lelaki tuh. Jadi aku boleh buat kesimpulan. Perkahwinan sebenarnya kita berkongsi hidup dengan seseorang. Sometimes, even kita tak cinta pun kat dia but by the time kita dah duduk bersama and meluangkan banyak masa bersama maka cinta tu akan hadir sendiri. Jadi cinta tu bukan la satu keperluan yang sangat nyata dalam sesebuah perkahwinan. Kadang-kadang kita tak perlu la nak ucap kata-kata cinta pada orang yang kita sayang. Cukup dengan tunjuk yang kita sangat take care kat dia and jadi setia.
Sebenarnya benda paling susah dalam menempuh alam perkahwinan ialah membuat keputusan dengan siapa kita akan berkahwin. Am I right? Perkahwinan satu percaturan hidup, tak boleh nak patah balik kalau buat silap. Kesannya sampai akhir hayat. Aku doakan korang semua akan dapat buat pilihan yang tepat. Semoga sinar cinta sejati dan kebahagiaan akan sentiasa mengiringi kita semua.

Sunday, August 31, 2008

The Wooden Bowl

A frail old man went to live with his son, daughter-in-law, and a four-year old grandson. The old man's hands trembled, his eyesight was blurred, and his step faltered. The family ate together nightly at the dinner table. But the elderly grandfather's shaky hands and failing sight made eating rather difficult. Peas rolled off his spoon onto the floor. When he grasped the glass often milk spilled on the tablecloth. The son and daughter-in-law became irritated with the mess.
"We must do something about grandfather," said the son. I've had enough of his spilled milk, noisy eating, and food on the floor. So the husband and wife set a small table in the corner. There, grandfather ate alone while the rest of the family enjoyed dinner at the dinner table. Since grandfather had broken a dish or two, his food was served in a wooden bowl.
Sometimes when the family glanced in grandfather's direction, he had a tear in his eye as he ate alone. Still, the only words the couple had for him were sharp admonitions when he dropped a fork or spilled food. The four-year-old watched it all in silence.
One evening before supper, the father noticed his son playing with wood scraps on the floor. He asked the child sweetly, "What are you making?" Just as sweetly, the boy responded, "Oh, I am making a little bowl for you and mama to eat your food from when I grow up." The four-year-old smiled and went back to work. The words so struck the parents that they were speechless. Then tears started to stream down their cheeks. Though no word was spoken, both knew what must be done. That evening the husband took grandfather's hand and gently led him back to the family table.
For the remainder of his days he ate every meal with the family. And for some reason, neither husband nor wife seemed to care any longer when a fork was dropped, milk spilled, or the tablecloth soiled. Children are remarkably perceptive. Their eyes ever observe, their ears ever listen, and their minds ever process the messages they absorb.
If they see us patiently provide a happy home atmosphere for family members, they will imitate that attitude for the rest of their lives. The wise parent realizes that every day that building blocks are being laid for the child's future.